-->

Jumpa kain dalam murtabak, KKM kompaun peniaga

Minggu lalu, seorang wanita mendedahkan juadah yang dibelinya dari Bazar Ramadan mengandungi bendasing yang mengundang rasa loya.

Menurut pengadu, Yuhaiza Hamid, penemuan bendasing itu ditemui ketika dia memotong makanan tersebut kepada dua bahagian.

“Lillahitaala saya beli murtabak di Bazar Ramadan Desa Pandan. Potong dua, pelik bila tak boleh potong. Rupanya kain buruk. Allah.

“Ini kain buruk ke, pelaris ni? Terus muntah sekeluarga,” katanya.

KKM siasat gerai murtabak

Susulan hantaran itu tular di media sosial, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah menjalankan siasatan di lokasi berkenaan.

Siasatan mendapati, peniaga murtabak berkenaan melakukan kecuaian semasa pengendalian akanan yang menyebabkan cebisan kain itu dicampur dengan murtabak.

Selain itu, peniaga yang sama turut didapati tidak menggunakan kain pengelap yang bersih.

“Beberapa kesalahan lain yang dikenalpasti telah dilakukan oleh pemilik gerai, termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak.

“(Tidak) menggunakan kain pengelap yang bersih dan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna,” kata kenyataan KKM pada 27 Mac 2024.

Pemilik gerai dikenakan kompaun

Justeru, PKKM telah mengeluarkan notis kompaun terhadap gerai tersebut di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka.

Tidak terkecuali, peniagapremis makanan diingatkan unttuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my serta Fcaebook Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

The post Jumpa kain dalam murtabak, KKM kompaun peniaga appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar