-->

‘Dah tau berhutang, bayarlah’ – Pelanggan terkejut dengan sikap kurang ajar Staf Careline syarikat penapis air terkenal

Penapis air dan penapis udara semakin popular di kalangan orang ramai, terutama bagi mereka yang mengutamakan kesihatan dan keselesaan di rumah. Namun, perkhidmatan selepas langganan seringkali dipersoalkan kerana sikap ‘lepas tangan’ pihak berkenaan terhadap aduan penggunanya.

Selasa lalu, tular luahan ketidakpuasan hati seorang pengguna yang mendakwa ejen syarikat penapis air atau udara bersikap kurang ajar terhadapnya melalui panggilan telefon.

Menurut pengadu, aduan rasmi telah dibuat terhadap pihak berkenaan. Tetapi sehingga kini tiada sebarang respon yang diterima.

Bayaran telah dibuat tetapi…

Difahamkan, pengadu telah dihubungi oleh ejen bernama Haziq yang memaklumkan dia mempunyai tunggakkan sebanyak RM194 yang belum dibayar sejak dua tahun lalu. Sedangkan bayaran telah dibuat kepada ejen syarikat berkenaan bernama Shahrul.

“Unit penapis air yang saya gunakan sekarang adalah berdasarkan cadangan ejen Shahrul dan semua pembayaran dibuat kepadanya dua tahun lalu.

“Masalah mula timbul apabila saya menerima panggilan telefon dari pihak syarikat penapis air yang memaklumkan tunggakkan tersebut.

“Saya jelaskan bahawa pembayaran telah dibuat pada Shahrul, tetapi Haziq mula bersikap tidak profesional dan kasar terhadap saya. Berikut adalah kata-kata kasar yang dilemparkan oleh Haziq kepada saya;

“Encik tu berhutang, bukan saya.”
“Encik tu orang Muslim, bayarlah hutang.”
“Dah tau berhutang, bayarlah.”
“Kenapa encik nak tau saya (dari) cawangan mana? Nak santau ke?”

Tuntut permohonan maaf

Tidak berpuas hati dengan insiden itu, pengadu kini menuntut Haziq dan majikannya (Cawangan Setapak) untuk memohon maaf di atas kekasaran, fitnah dan sikap tidak profesional mereka terhadapnya.

“Saya adalah pelanggan setia jenama berkenaan sejak 2015 dan telah berulang kali menaik taraf dan menukar kedua-dua penapis udara saya dengan pihak berkenaan. Tak menggunakan jenama lain dan tidak pernah menghadapi sebarang masalah.

“Saya menuntut permohonan maaf dari mereka yang bersikap tidak profesional. Saya tidak ragu-ragu untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan umum,” tegasnya.

Dalam masa sama, pengadu akan membatalkan semua langganan produk jenama berkenaan di premisnya dan beralih ke jenama lain.

Sumber: Facebook

The post ‘Dah tau berhutang, bayarlah’ – Pelanggan terkejut dengan sikap kurang ajar Staf Careline syarikat penapis air terkenal appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar