-->

‘Tiada apa-apa yang berlaku antara kami’ – Aliff Aziz

Pelakon Aliff Aziz telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ditangkap khalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah milik wanita itu.

Menurut Aliff, dia dan Ruhainies baru sahaja selesai menjalani penggambaran dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama PA Ruhainies. Ruhainies kemudian memaklumkan adik beradiknya merancang untuk makan malam di rumahnya.

Aliff yang memang kenal dan berkawan dengan kakak Ruhainies, Risteena, merasa tidak ada masalah untuk turut serta.

Tak terfikir akan jadi sedemikian

“Semasa sampai di kondominium, saya bantu untuk bawa barang shooting miliknya ke atas, sementara menunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan.

“Cara yang betul adalah, kita sepatutnya tunggu di lobi. Tetapi sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi yang tidak dijangka, saya naik ke rumahnya.

“Waktu itu kami sedang menunggu Risteena untuk sampai dan sempat berborak. Tiba-tiba pintu rumah diketuk.

“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya sudah sampai, terdengar suara lelaki berbual di luar pintu. Kerana risau dan atas faktor keselamatan, dia kemudiannya menghubungi kakaknya dan bertanya sama ada dia dah sampai.

Terkejut pintu diketuk

“Risteena beritahu jangan buka pintu dulu dan tunggu sehingga dia sampai. Saya hanya berada di dalam rumah, di ruang tamu dan bila situasi itu berlaku, ia memang mengejutkan.

“Bila kakaknya sampai, dah ada penguat kuasa JAWI dan polis. Bahkan ketika adik beradiknya sampai, dah ada ramai orang di luar.

“Kemudian Ruhainies meminta kakaknya berbincang dengan pihak penguatkuasa, pintu akan dibuka sekiranya hanya ada penguatkuasa JAWI dan polis sahaja.

“Mereka sangat profesional dalam melakukan prosedur mereka. Seterusnya kami hadir ke pejabat JAWI dan berikan kenyataan. Selepas memberi keterangan, kami pulang ke rumah,” katanya.

Salah tetap salah

Dalam kenyataan itu, Aliff juga memohon maaf atas kekhilafannya dan berjanji akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Beliau turut merasa kesal kerana kekhilafannya ini bukan sahaja merosakkan reputasinya, tetapi juga keluarga.

“Kenyataan saya ini ditulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun yang salah tetap salah. Saya bukan nak menegakkan benang yang basah tetapi ingin memohon maaf atas kekhilafan saya.

“Namun ingin saya jelaskan bahawa tiada apa-apa benda yang berlaku antara kami.

“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Dan disebabkan kekhilafan saya ini, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga. Sekali lagi saya ingin memohon maaf,” jelasnya.

The post ‘Tiada apa-apa yang berlaku antara kami’ – Aliff Aziz appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar