-->

‘Saya & Aliff hanya kawan biasa, kenal sejak 10 tahun lalu’ – Ruhainies tampil ceritakan apa sebenarnya yang berlaku

Pelakon Ruhainies telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden yang melibatkannya yang menjadi tular di media sosial, menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Ruhainies, kelewatan dalam mengeluarkan kenyataan ini disebabkan oleh komitmen kerjanya dan keinginannya untuk mengelakkan sebarang salah faham atau manipulasi oleh pihak lain.

Dia menceritakan dengan terperinci tentang apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian.

Jemput Aliff sebab kenal keluarga sejak 10 tahun lalu

“Pada hari itu, saya baru selesai menjalani penggambaran dan konvoi bersama PA dan saya menuju pulang ke rumah. Hari itu juga, adik beradik saya memang merancang untuk tidur di rumah pada malam itu. Jadi, kami rancang untuk makan bersama adik beradik saya dan beberapa rakan yang lain.

“Memandangkan Aliff Aziz juga baru selesai menjalani penggambaran, saya jemput dia untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga serta adik beradik saya sejak 10 tahun lalu. Aliff juga bersetuju sebab sudah lama tidak berjumpa dengan mereka.

“Risteena maklumkan kepada saya, dia dalam perjalanan ke rumah saya. Namun tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Jadi, saya buat keputusan untuk naik ke rumah dan letakkan barang keperluan shooting saya.

Pintu rumah diketuk

“Kemudian saya dan Aliff sempat berborak sementara menunggu. Dan tidak lama kemudian, pintu rumah saya diketuk. Saya ingatkan itu kakak saya sebab dia cakap dia dah nak sampai. Tapi apabila mendengar suara lelaki, semestinya saya takut untuk membuka pintu atas faktor keselamatan.

“Kemudian saya hubungi semula kakak supaya datang secepat mungkin dan periksa siapa di depan pintu. Apabila dia sampai, dia sahkan itu adalah JAWI dan polis.

“Dia maklumkan kepada mereka, dia memang sepatutnya dah sampai dan berada bersama di dalam rumah kerana sudah berjanji untuk turut serta. Tapi disebabkan kesesakan lalu lintas, dia terpaksa ambil masa lebih lama memandangkan keesokan hari adalah hujung minggu.

Bella ada di depan pintu

“Kakak saya juga maklumkan bahawa Bella dan pihak media turut berada di depan pintu. Jadi, atas faktor keselamatan dan untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku, kakak saya meminta supaya saya tidak membuka pintu dahulu.

“Setelah berbincang dan ada budi bicara gar pihak berwajib sahaja yang ada di depan pitnu, barulah saya buka.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi, hanya mengikut prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak berkuasa. Saya hanya perlu memberi keterangan sahaja. Setelah selesai, saya kembali ke rumah,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Ruhainies turut mengakui kekhilafannya di sisi agama kerana berada dalam situasi tersebut yang menimbulkan syak wasangka. Dia juga menegaskan bahawa dia dan Aliff hanya kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang mereka bintangi.

Sayang persahabatan dengan Bella

Dalam pada itu, Ruhainies berharap Bella dan Aliff tidak akan berpisah dan bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanya kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang kami bintangi. Aliff merupakan rakan dan kenalan keluarga saya termasuk adik-beradik saya sejak 10 tahun lalu.

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia.

“Saya berharap, kenyataan saya ini tidak akan dijadikan bahan provokasi kerana saya tidak ada niat ke arah itu. Sebaliknya bersedia menjernihkan keadaan antara kami bertiga.

“Mungkin ada pihak yang akan memilih untuk tidak percaya kepada kenyataan saya. Namun saya tidak boleh memaksa sesiapa untuk percaya. Saya cuma ingin menjelaskan situasi yang berlaku,” ujarnya.

The post ‘Saya & Aliff hanya kawan biasa, kenal sejak 10 tahun lalu’ – Ruhainies tampil ceritakan apa sebenarnya yang berlaku appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar