-->

‘Saya tidak mahu murid makan dalam stor & tempat yang tidak sepatutnya’ – Fadhlina Sidek

Isu arahan pembukaan kantin sekolah sepanjang bulan puasa terus menjadi polemik. Bagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan arahan tersebut sudah termaktub dalam Pekeliling Pengurusan Kantin Sekolah yang menetapkan ia perlu dibuka sepanjang sesi persekolahan.

Katanya lagi, perkara itu bukan dasar baharu dan hanya dilaksanakan untuk sekolah yang mempunyai pelajar bukan Islam.

Beliau mengulas isu tersebut ketika dibangkitkan oleh Salamiah Mohd Noor (PN-Temerloh) ketika sidang Dewan Rakyat.

“Saya tidak mahu ada anak-anak bukan Islam dan tidak berpuasa makan dalam stor, makan di tempat yang tidak wajar sedangkan semua sekolah ada kantin. Jadi mereka harus pergi kantin untuk makan.

“Bagi pelajar Islam yang berpuasa pula akan diuruskan guru, tiada masalah langsung dalam urusan ini dan paling penting membina ekosistem saling memahami, memperkuat, memperkukuh dan menghormati satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahaya berkata arahan dari Menteri Pendidikan tersebut bersifat keterlaluan dan sengaja mencetuskan polemik.

Dalam pada itu juga, beliau menyatakan pelajar bukan Islam boleh hadir ke sekolah dengan membawa bekal makanan dan makan di ruang yang dibenarkan.

Sumber: Sinar Harian

The post ‘Saya tidak mahu murid makan dalam stor & tempat yang tidak sepatutnya’ – Fadhlina Sidek appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar