-->

Dugaan sebelum Ramadan, kanak-kanak lelaki menangis tatap rumah hangus terbakar

Di tengah-tengah kesibukan menyambut bulan Ramadan, ada berita duka menyelubungi sebuah keluarga di Tasik Gelugor, Pulau Pinang. Rumah yang didiami mereka sekeluarga telah musnah dijilat api.

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis sambil memandang rumahnya yang terbakar. Mangsa kelihatan ditenangkan oleh orang ramai yang turut sama menyaksikan kejadian tersebut.

Menerusi video tersebut juga, kelihatan pasukan bomba bertungkus lumus cuba untuk memadamkan api kebakaran.

Punca kejadian masih tidak diketahui namun menerusi ruangan komen difahamkan kejadian berpunca dari litar pintas.

Rakaman video yang meraih lima juta tontonan itu telah mengundang simpati netizen. Netizen meminta agar dibuka tabung derma buat keluarga berkenaan.

Di hantaran lain, lelaki yang merakam kejadian tersebut sudah menyerahkan sumbangan orang ramai kepada wakil keluarga berkenaan.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh berhubung dengan pemilik video tersebut atau berhubung sendiri dengan mangsa kebakaran.

Sumber: paansam

The post Dugaan sebelum Ramadan, kanak-kanak lelaki menangis tatap rumah hangus terbakar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar