-->

Raya mengejut 2022, igauan ngeri ibu bapa & perantau

Kenangan Ramadan dan Syawal sentiasa mengusik fikiran apatah lagi kenangan semasa menyambut Ramadan dan Syawal ketika Pandemik. Kenangan itu pastinya tidak dapat dilupakan kerana majoriti rakyat Malaysia tidak dapat pulang ke kampung.

Pun begitu, kemeriahan dan Syawal tetap disambut dengan cara masing-masing.

Dua tahun lepas pula, pada tahun 2022, kenangan raya paling mengejutkan apabila ramai yang menjangkakan hari raya disambut pada tarikh 3 Mei 2022. Namun begitu pada malam 1 Mei 2022, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidilifitri jatuh pada 2 Mei 2022 bersamaan dengan hari Isnin.

@syafi05

Kenangan raya 2022 masih dalam ingatan semua kelam kabut tapi best,lebih meriah semua menggelupur 😂,semoga raya tahun ini tidak raya mengejut lagi #kenangan#raya2022#rayamengejut #kelamkabutraya #fyp #fypã‚· #fypage #fypã‚·゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – MAT – MAT

Mendengar pengumuman tersebut, rata-rata rakyat Malaysia mula kelam kabut memikirkan segala persiapan. Pelbagai gelagat lucu dirakamkan apabila mendengar raya mengejut!

Ada yang bergegas ke pasar dan kedai membeli barangan keperluan yang belum diselesaikan. Kaum wanita pula ada yang tidak tidur malam menyiapkan menu juadah raya dan mengemas rumah.

Dikatakan juga, banyak pengusaha kedai dan bazar membuat lelongan terakhir pada malam tersebut dan rata-rata barangan habis terjual.

Dalam pada itu juga, pempengaruh Azman Naim turut memuatkan lagu raya yang diolah menerusi lagu Cahaya Aidilfitri dengan menukar kepada lirik ‘bila tiba hari raya, semua insan huru-hara’.

Walaupun dalam penuh kekalutan, namun Hari Raya Aidilfitri tetap disambut dengan meriah di seluruh negara.

Sumber: TikTok

The post Raya mengejut 2022, igauan ngeri ibu bapa & perantau appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar