-->

The Gadys nafi kekwat, akui terasa dan koyak dengan komen netizen

Tidak dinafikan kumpulan The Gadys sehingga ke hari ini masih lagi menerima kecaman dari netizen, susulan tular video persembahan mereka yang dikatakan sumbang, jauh dari standard yang sepatutnya ada pada penyanyi.

Pun begitu, The Gadys mengakui kelemahan diri dan menerima segala kecaman tersebut dengan hati yang terbuka.

Terima kekurangan diri

“Kami terima (kecaman) dengan hati yang terbuka, kami terima sebagai nasihat, kami tahu kelemahan dan kekurangan diri. Kalau nak sedih dan koyak pun, sampai bila? Tapi sebenarnya sedihlah juga, kami pun manusia biasa.

“(Pada awal dikecam teruk), saya memang tak baca komen sebab sedih, koyak. Sebenarnya kami dah jangkakan (perkara ini berlaku), sebab ada masalah teknikal pada hari tersebut. Cuma kami tak jangkakan perkara ini tular selewat itu.

“Kami akan memperbaiki dan kami pun masih baru. Orang kata, ‘masih hijau’ dan perlu percaya pada proses (belajar) itu. Kami akan belajar lagi dan lagi,” katanya dalam temu bual bersama mStar Online.

Tak nak susahkan produksi

Menggulas mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian, The Gadys menjelaskan mereka terdahulu telah menerima dan berlatih menggunakan minus one yang diberi mengikut kesesuaian vokal mereka. Namun pada hari kejadian, keadaan yang sebaliknya pula berlaku.

“Sebenarnya kita dah dapat minus one yang sebenar, yang mana kita dah training dua hari sebelum persembahan. Dan key itu memang kena dengan (vokal) kami.

“Tetapi bila sound check, key dia telah bertukar ke key asal penyanyi sebenar di mana The Gadys memang tidak boleh bawa key penyanyi asal. Kami sepatutnya membawa key yang kami mampu. Jadi, key-nya harus direndahkan.

“Masalah teknikal berlaku dan kami pun tak nak menyusahkan pelbagai pihak sebab terlalu last minute. Kami hanya fikir yang kami boleh buat, ini kerja dan tak nak susahkan mana-mana pihak,” jelasnya.

Bukan penyanyi profesional

The Gadys juga mengakui mereka bukanlah penyanyi profesional dan akan menghadiri kelas vokal bagi memantapkan lagi kualiti nyanyian mereka.

“Sejujurnya kami bukanlah penyanyi yang profesional dan solid. Kami juga melihat diri kami sebagai penghibur dalam industri seni ini.

“Untuk yang mengatakan baik tak payah jadi penyanyi sebab tak boleh bawa lagu itu, kami bukanlah penyanyi profesional. Kami penyanyi pop, bukan penyanyi ballad yang boleh tarik (suara) tinggi-tinggi.

“Kita akan pergi kelas vokal seperti yang diminta oleh netizen”.

Nafi The Gadys kekwat

Selain dikecam kerana kualiti vokal, The Gadys baru-baru ini turut dikecam kerana dituduh kekwat dalam satu sesi temu bual bersama portal hiburan lain. Tetapi mereka menafikan tuduhan itu.

“Apa yang boleh kami cakap, kami juga adalah manusia. Walaupun kami adalah artis baru, kami juga ada perasaan.

“Kami bukannya kekwat, kami agak terasa dengan komen-komen netizen. Minta maaf kami terletak sedikit emosi dalam percakapan kami, mungkin boleh tengok video penuh (temu bual berkenaan).

“Memang triggered la sebab orang dah ugut you untuk bunuh diri,” ujarnya.

Sumber: mStar Online

The post The Gadys nafi kekwat, akui terasa dan koyak dengan komen netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar