-->

‘Puas hati dapat buat content?’ – Netizen kecam Hafiz jadikan ibadah umrah sebagai content?

Layanan beliau terhadap pekerja-pekerjanya sering menjadi perhatian. Hafiz Mahamad antara usahawan dan juga pempengaruh yang dipuji ramai kerana sering menjaga kebajikan pekerja.

Selain daripada memberikan bonus dan beberapa hadiah lain, Hafiz dan isterinya Aina juga membawa pekerja mereka bercuti ke beberapa destinasi.

Hantaran terbaharu Hafiz, dilihat membawa pekerja-pekerja menunaikan umrah di Mekah.

“Mereka teringin sangat, kita cuba usahakan. MasyaAllah semua dengan izinnya. Dari semalam lagi Aina cakap ada team nak ke Hajar Aswad. Abang boleh bawakan? Boleh. Tapi malam awak kena urut pinggang

“Alhamdulilah, semoga jadi kenangan untuk team semua,” tulisnya.

Hantaran tersebut menarik perhatian ramai apabila Hafiz dilihat berusaha dengan bersungguh-sungguh memastikan pekerja-pekerja dapat mencium Hajarul Aswad. Dia dilihat duduk diatas bahu seorang lelaki sambil menjerit meminta laluan kepada jemaah umrah.

Kelihatan mereka bersesak-sesak dan berebut untuk mengambil peluang tersebut. Beberapa orang pekerja wanitanya juga dilihat menangis.

Walaupun usaha Hafiz dilihat satu usaha yang murni, namun tindakan beliau dikritik kerana dilihat memudaratkan pekerja dan jemaah lain. Dalam pada itu juga netizen turut mengecam tindakan mereka yang menjadikan ibadah umrah sebagai sebuah konten.

Sumber: Hafiz Mahamad

The post ‘Puas hati dapat buat content?’ – Netizen kecam Hafiz jadikan ibadah umrah sebagai content? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar