-->

‘Lagu Amir Jahari memang layak juara’ – Netizen

Anugerah Juara Lagu ke-38 telah melabuhkan tirai pada malam tadi. AJL38 juga menyaksikan Amir Jahari menerusi lagu ciptaannya, Hasrat dan lagu runut bunyi filem Imaginur itu dinobatkan sebagai juara.

Lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF pula menduduki tempat kedua dan juga telah memenangi kategori Persembahan Terbaik. Manakala tempat ketiga pula lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Aina Abdul.

Walaupun AJL38 sebelumnya banyak merakamkan kontroversi, namun persembahan peserta pada malam tadi sangat bertenaga dan mengkagumkan penonton.

Antara tarikan perhatian netizen pada malam tadi sudah tentunya persembahan dari sang juara, Amir Jahari. Selain kemunculan (cameo) pelakon dan Diana Danielle dan Beto Kusyairy yang juga merupakan pendukung utama filem Imaginur, persembahan tersebut juga dikatakan menyentuh hati dan perasaan.

Menerusi video yang dipasang semasa persembahan, kelihatan sebatang pokok dan beberapa nama yang digugurkan dari pokok tersebut.

Dalam beberapa hantaran, netizen menyatakan simbolik persembahan tersebut adalah merupakan nama-nama anak Palestin yang telah syahid.

Dalam pada itu juga, seorang individu yang merupakan penggiat industri menyatakan konsep yang dimainkan pada persembahan Amir Jahari turut menyatakan simbolik kepada individu yang mengalami depresi atau kemurungan.

Selain itu juga konsep berkenaan turut menyentuh hasrat anak-anak Palestin yang ingin membina semula Palestin.

Sumber: Mint Ha, Joe Lee

The post ‘Lagu Amir Jahari memang layak juara’ – Netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar