-->

‘Produktiviti kurang nanti’ – Cuepacs setuju PM tak beri cuti tambahan 12 April

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada keperluan memberi cuti tambahan pada 12 April sempena Aidilfitri.

Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, ini kerana penjawat awam telah pun menikmat cuti umum yang banyak sebelum ini. Malah pihaknya tidak akan membuat rayuan berhubung cuti tambahan itu.

“Kalau nak cuti lagi, dah terlampau banyak cuti. Kalau perlu cuti Jumaat, ambillah cuti.

“Kalau Jumaat cuti (tambahan), produktiviti pun kurang nanti. Perlu ingat, kita jabatan kerajaan ada kepentingan dengan pihak luar. Kalau cuti, produktiviti macam mana?” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Anwar bahawa penjawat awam perlu mengutamakan semangat kerja berbanding kerap meminta cuti tambahan apabila menjelang perayaan.

Sumber: Free Malaysia Today

The post ‘Produktiviti kurang nanti’ – Cuepacs setuju PM tak beri cuti tambahan 12 April appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar