-->

Guru wanita jalin hubungan dengan pelajar lelaki, ‘direhatkan’ sementara

Seorang guru wanita yang dituduh menjalin hubungan dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun kini direhatkan seketika dari tugasnya, sementara menunggu hasil siasatan kes tersebut.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kes tersebut masih dalam proses siasatan oleh pihak polis dan KPM memberikan komitmen penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

“Kes ini masih dalam proses siasatan, KPM memberikan komitmen penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Pada masa sama, KPM turut mengambil pendekatan untuk melindungi sepenuhnya hak dan kebajikan anak-anak kita.

“Jadi, guru itu tidak mempunyai sebarang akses untuk berjumpa dengan murid yang terlibat kerana kami telah melindunginya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang guru wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak, telah menjalinkan hubungan dengan seorang pelajar lelaki.

Polis menerima laporan mengenai kes itu pada 12 Disember lalu dan siasatan awal mendapati, suspek berusia 37 tahun itu telah mencabul mangsa semasa sesi mengulangkaji bersama di perpustakaan sekolah.

Sumber: Harian Metro

The post Guru wanita jalin hubungan dengan pelajar lelaki, ‘direhatkan’ sementara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar