-->

Parlimen Thailand luluskan undang-undang perkahwinan sejenis

Negara Thailand menjadi negara ketiga di Asia Tenggara yang mengiktiraf kesaksamaan perkahwinanan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pengiktirafan tersebut diluluskan oleh Parlimen Thailand menerusi Rang Undang-Undang (RUU) perkahwinan sejenis Rabu lalu.

Perkara tersebut disokong oleh 399 ahli politk manakala 10 lagi menolak dalam sesi Dewan Rakyat.

Semasa keputusan itu diumumkan, seorang wakil membawa bendera berwarna-warni iaitu simbol LGBT dengan mengelilingi dewan tersebut.

Tunyawaj Kamolwongwat, ahli Parti Move Forward yang mendesak hak LGBTQ menyatakan masyarakat pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka mengambil berat tentang hak LGBT.

“Akhirnya kami akan mempunyai hak yang sama seperti orang lain,” katanya.

Di seluruh negara Asia, hanya Taiwan dan Nepal yang mengiktiraf perkahwinan sejenis, manakala mahkamah tertinggi India menangguhkan keputusan itu kepada Parlimen pada Oktober depan.

Sumber: Sinar Harian

The post Parlimen Thailand luluskan undang-undang perkahwinan sejenis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar