-->

Kabel dilihat sebagai ‘unfair advantage’ tetapi lelaki ini kata perlu terima kenyataan

Pengangguran bukan satu isu baharu diperkatakan. Walaupun ramai yang memiliki pendidikan yang tinggi, namun belum tentu mereka dapat memiliki pekerjaan yang diidamkan.

Namun begitu, demi kelangsungan hidup, masyarakat dilihat tidak memilih apa-apa jenis pekerjaan. Senario tersebut juga dapat dilihat di bandar-bandar besar apabila ada individu yang memilih untuk membuat dua pekerjaan dalam satu-satu masa.

Bagaimanapun, ada sesetengah individu yang dilihat bernasib baik apabila mempunyai kabel atau ‘orang dalam’ dalam sesebuah organisasi yang membolehkan individu tersebut diterima masuk ke dalam sesebuah syarikat.

Bagi lelaki ini yang merupakan seorang jurutera, dia menyatakan dalam dunia pekerjaan kewujudan kabel merupakan satu kenyataan yang perlu diperakui.

“Kebanyakan orang masuk Petronas pakai kabel, ya. Kena faham kenapa kabel tu berkesan sebab dalam banyak-banyak resume mereka tunjukkan impressive yang sama, jadi bila ada yang cadangkan nama tu, dapat diserap masuk.

“Memang rasa tak adil tapi orang kata unfair advantage yang orang lain ada, kita tak ada. Situasi sekarang ni ramai yang bersaing, ramai yang dapat straight A. Jadi kabel ni salah satu cara untuk dapatkan tempat,” katanya.

Katanya lagi, kita tidak boleh menafikan situasi tersebut samada suka atau tidak kerana kenyataannya wujud persaingan untuk mendapatkan pekerjaan.

Sementara itu, netizen menyifatkan situasi yang berlaku tidak adil kepada orang yang betul-betul memerlukan dan golongan yang susah.

Sumber: Ayub Azlan

The post Kabel dilihat sebagai ‘unfair advantage’ tetapi lelaki ini kata perlu terima kenyataan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar