-->

Penjawat Awam Pahang hanya bekerja sehingga 12.30 tengah hari setiap hari Jumaat, di bulan Ramadan

Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan penetapan waktu bekerja penjawat awam negeri pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini sehingga jam 12.30 tengah hari.

Penetapan itu dibuat berdasarkan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Ia melibatkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Keputusan ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan Kerajaan Negeri Pahang terhadap kesejahteraan penjawat awam negeri, terutamanya dalam bulan suci Ramadan. Dengan waktu bekerja yang lebih pendek pada hari Jumaat, diharapkan penjawat awam negeri dapat lebih bersemangat dalam menjalankan tugas mereka dan juga mendapat lebih banyak masa untuk ibadah.

Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, dalam kenyataan media beliau, telah menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan ini.

Beliau juga menegaskan bahawa, kerajaan negeri di bawah pimpinannya akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga Negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama.

The post Penjawat Awam Pahang hanya bekerja sehingga 12.30 tengah hari setiap hari Jumaat, di bulan Ramadan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar