-->

2 anggota polis kantoi berkhalwat, dikenakan tindakan tatatertib, tukar jabatan

Dua anggota polis Pulau Pinang berusia 37 tahun yang ditahan kerana disyaki berkhalwat, telah dikenakan tindakan tatatertib dan ditukarkan jabatan dengan serta-merta.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, dua anggota terbabit masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal, ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong.

Difahamkan, pihak JHEAIPP melakukan serbuan selepas mendapat aduan daripada seorang lelaki yang mengesyaki isterinya yang merupakan anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, bersekedudukan dengan rakan sekerjanya di hotel berkenaan.

Susulan kejadian itu, satu arahan telah dikeluarkan untuk bertukar dari jabatan berkuatkuasa serta merta telah dikeluarkan. Malah, dua anggota itu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

The post 2 anggota polis kantoi berkhalwat, dikenakan tindakan tatatertib, tukar jabatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar