-->

Penjawat awam dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja

Perbuatan curang dalam rumah tangga boleh merosakkan kepercayaan, mencetuskan kesan emosi dan psikologi seperti stres dan kemurungan, serta boleh membawa kepada perceraian.

Kesannya bukan sahaja kepada pasangan, tetapi juga kepada anak-anak dan keluarga yang lebih luas.

Dalam satu kes yang baru berlaku pada Sabtu, 9 Mac 2024, seorang penjawat awam telah ditahan kerana didapati berkhalwat dengan rakan sekerjanya.

Difahamkan, pasangan itu ditahan selepas suami kepada wanita terbabit tampil membuat aduan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Menurut Penolong Pengarah Kanan JHEAIPP, Alamin Majok berkata, serbuan telah dijalankan pada jam 1.30 pagi di sebuah hotel di Tanjung Tokong.

Dalam serbuan yang turut disertai oleh pengadu (menghidap angin ahmar), pihaknya menahan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 37 tahun.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua individu tersebut berada dalam keadaan bersekedudukan tanpa mempunyai sebarang ikatan pernikahan yang sah.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat.

Sumber: Harian Metro

The post Penjawat awam dicekup berkhalwat dengan rakan sekerja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar