-->

Netizen bantah penganjuran Sukan Komanwel 2026, mohon kerajaan selesaikan isu sedia ada

Susulan isu tawaran dari Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) kepada Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026, pelbagai pihak tampil memberikan cadangan dan pandangan.

Presiden CGA Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan tawaran yang disifatkan sebagai sekali dalam seumur hidup ini. Ujarnya, ia akan membina kejayaan Kuala Lumpur 1998 dan kembali meletakkan Malaysia di peta sukan dunia.

Bagaimanapun, reaksi berbeza dikeluarkan oleh netizen apabila mempersoalkan isu ini.

Kata mereka, kerajaan harus lebih peka kepada permasalahan semasa di dalam negara dari memikirkan untuk menjadi tuan rumah pada kejohanan tersebut.

Di jaringan X, netizen mula meletakkan tanda pagar #TolakKomanwel sebagai bantahan kepada penganjuran itu.

“Selesaikan isu dalam negara dulu. KKM. Improvekan facility. Permudahkan urusan Dr, Nurse, MO, staff. They have been stretched to the max! KPM, kelas dah macam sardin. These 2 affecting us all,” kata netizen.

Dalam pada itu, mereka juga risau penganjuran tersebut juga beri kesan kepada kewangan negara seperti yang berlaku kepada Birmingham.

“Birmingham ambil alih jadi hos Sukan Komanwel 2022 selepas Durban hilang hak akibat masalah kewangan. Birmingham kata mereka boleh anjur versi kos rendah, 95% fasiliti dah ada. Selepas anjur? Birmingham muflis. Jangan ulang kesilapan ini,” kata Nizam Bakeri.

Sumber: X

The post Netizen bantah penganjuran Sukan Komanwel 2026, mohon kerajaan selesaikan isu sedia ada appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar