-->

Larang pemain bola sepak Muslim berpuasa, Diawara tinggalkan skuad bawah 19 Perancis

Larangan Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) yang melarang pemain Muslim berpuasa ketika menjalani latihan menyebabkan pemain tengah Mahamadou Diawara mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad Bawah 19 (B-19) Perancis.

Peraturan baharu yang membabitkan skuad B-16 sehingga ke peringkat senior itu katanya membuatkan Diawara berasa tidak selesa. Dia meninggalkan pasukan tersebut dan kembali ke kelabnya, Lyon.

Dalam pada itu, FFF mengesahkan tindakan Diawara dan memilih Nantes Dehmaine Tabibou Assoumani sebagai pengganti.

Menerusi satu laporan, peraturan baharu itu juga membuatkan pemain lagi berasa kurang senang dan tidak gembira.

“Beberapa pemain tidak gembira dengan peraturan baharu itu.

“Mereka berpendapat agama mereka tidak dihormati tetapi ada yang enggan berkonfrontasi dengan persatuan. Namun Diawara tetap tidak gembira, jadi dia meninggalkan pasukan,” kata ejen yang mewakili pasukan berkenaan.

Terdahulu, FFF dikecam gara-gara tidak membenarkan perlawanan bola sepak berhenti seketika bagi memberi laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa. Katanya, permainan akan terganggu sekiranya pe­ngadil memberhentikan perlawanan dan membenarkan pemain berbuka puasa.

Sumber: Harian Metro

The post Larang pemain bola sepak Muslim berpuasa, Diawara tinggalkan skuad bawah 19 Perancis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar