-->

‘Kenapa nak lari?’ – ‘Ops Barkoba’ kantoi lelaki bawa keluar plastik hitam dari kedai mamak

Saban tahun di bulan Ramadan, ada sahaja kes yang melaporkan beberapa golongan lelaki yang tidak berpuasa. Geng ‘plastik hitam’ seperti yang digelarkan seolah tidak serik dan malu dengan kegiatan yang dilakukan mereka.

Bermacam-macam alasan yang dicipta bagi menutup kesalahan yang dibuat. Antara alasan ‘klise’ adalah kerana mempunyai masalah gastrik.

Minggu lalu, satu operasi yang diberi nama Ops Barkoba yang dilaksanakan oleh Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Gerik telah meninjau beberapa lokasi kedai makan yang beroperasi ketika bulan Ramadan.

@padgerik33300

Laporan Dari Unit Penguatkuasa (OPS BARKOBA KANTOI😱) ini bukan berlakon ya semua ini real jadi pakat2 ambil Iktibar Kalau tak pose juga kami Follow Rapat punya🤭 JANGAN LUPA FOLLOW, LIKE, KOMEN DAN SHARE 👍 #yakyakyeay #puasa17 #padgerik #padgrk #fybシ #barkoba #puasa2024 #unitpenguatkuasajaipk #unitdakwahpadgerik #mamatkhalid #puasaramadhan #jaipk #unitdakwah #fypシ゚viral #jakim #puasaramadhan #puasa17 #kantoisudah

♬ original sound – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK – PEJABAT AGAMA DAERAH GERIK

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan sebuah kedai mamak dibuka ketika siang hari. Kelihatan juga beberapa orang pelanggan mengunjungi kedai tersebut.

Bagaimanapun, lensa kamera merakaman kelibat seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna biru dan berbaju kelabu keluar dari kedai itu dengan membawa bungkusan plastik hitam.

Menyedari diri diperhatikan, lelaki tersebut kemudiannya melarikan diri.

“Kenapa lari? Nak lari kemana?” jerit pegawai penguat kuasa.

Sementara itu diruangan komen, ramai yang meminta pihak penguat kuasa untuk membuat tinjauan di beberapa lokasi lain yang dikira sebagai ‘lokasi panas’ geng plastik hitam.

Sumber: Pejabat Agama Daerah Gerik

The post ‘Kenapa nak lari?’ – ‘Ops Barkoba’ kantoi lelaki bawa keluar plastik hitam dari kedai mamak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar