-->

‘Merepek jual Roti John berbelas ringgit’ – Pengadu

Roti John, makanan jalanan popular di Malaysia, kini menjadi subjek perbincangan hangat di media sosial.

Seorang pengguna Facebook, Pak Lang Mat, telah mengadu mengenai harga Roti John yang dijual oleh peniaga terlalu mahal.

“Roti John, kenapa perlu jual terlalu mahal? Belas-belas ringgit, merepek sangat. Padahal daging hancur dan telur sahaja isi utama. Mahal dari Murtabak,” katanya.

Luahan ini telah menarik perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengannya.

“Tadi jumpa Roti John RM12. Pekerjanya sampai tiga orang. Semua itu kos. Bila aku tunjuk harga mahal, tarik muka. Serius la bro. Tempat lain Roti John hanya RM7 je.

“Sudahlah nak meniaga berhutang, ambil pekerja ramai-ramai. Lepas itu kenakan harga macam Yahudi. Beri alasan, semua itu kos. Kau yang create problem, kau nak suruh pembeli yang tanggung? Tau nak duit atas angin je,” kata Joe Janggut.

Namun, seorang peniaga Roti John, Erbos Dhom, tampil membidas luahan tersebut dan menegaskan harga yang dikenakan adalah berpatutan berdasarkan kos bahan yang digunakan.

“Bang, roti satu biji RM1, daging 100 gram RM1.50 (kos mentah), telur sebiji 40 sen (guna 4 atau 5 biji sama dengan RM2), sayur dua tiga jeni, sos cili, blackpepper, sos cheese, mayonis, minyak atau majerin, gas, plastik, paper untuk bungkus.

“Agak-agak berapa modal untuk sebiji Roti John? Saya jual satu Roti John RM10. Kalau abang rasa mahal, abang cuba buat sendiri. Itu daging kira kos mentah, belum kira kos masak tu. Rempahnya lagi.

“Entahlah, aku kadang-kadang tak faham orang jenis (pandai) cakap je. Tapi tak tahu apa-apa. Jenis nak condemn orang je,” ujarnya.

The post ‘Merepek jual Roti John berbelas ringgit’ – Pengadu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar