-->

Jom Shopping Raya di Jalan TAR, best & jimat!

Pejam celik, dah nak dekat raya! Baju raya, kasut, tudung, songkok, samping semua dah ada ke? Kemana kita nak shopping ya?

Haaa, jangan risau! Kalau tak singgah tempat ni, tak meriah raya la jawabnya. Dari dulu lagi tempat ni jadi tumpuan ramai sebab segala kelengkapan raya ada kat sini. Kalau malam raya, dah macam pesta!

Sumber Gambar: Bernama

Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur bukan je tempat pilihan beli-belah tapi jadi tumpuan titik fokus budaya dan kemeriahan menjelang Hari Raya.

Sumber Gambar: Astro Awani

Di sepanjang Jalan Tar, bermacam-macam kedai dan gerai kelengkapan raya. Mulai dari pakaian tradisional hingga moden, aksesori, kasut, dan hiasan rumah, setiap sudut Jalan Tar dipenuhi dengan pelbagai pilihan yang memikat hati.

Kalau nak tahu, kat sini tawarkan harga yang sangat berpatutan dari tempat lain, dengan diskaun yang menarik. Malam raya, ada lelong raya. Yang penting, jimat poket!

Sumber Gambar: Malaysia Gazette

Bila ada di Jalan TAR ni, perasaan seronok dan rasa meriahnya suasana raya, ditambah pula dengan bermacam-macam gelagat peniaga dan pengunjung.

Dah seharian membeli, badan rasa penat dan berbau lebih-lebih lagi cuaca pula panas. Apa lagi yang segar selain mandi dengan Safi Antibac Shower. Aroma tersendiri, pasti rasa segar dan terlindung.

Jom kekal terlindung dengan Krim Mandian Antibakteria Safi yang membasmi kuman 99.9%.

Ada berita gembira buat pengunjung bazar di lima lokasi yang tersenarai. Safi akan bagi sampel Krim Mandian Antibakteria Safi percuma!

The post Jom Shopping Raya di Jalan TAR, best & jimat! appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar