-->

Lelaki dipukul kerana terlupa bayar pesanan burger RM18.90? Peniaga tampil cerita hal sebenar

Seorang lelaki mendakwa dia telah dibelasah oleh tiga lelaki sehingga mengalami kecederaan di bahagian kening dan sakit di seluruh badan.

Mangsa, Mohamad Hamizam Saudi, 20, kejadian itu berlaku pada jam 11 malam, 18 Mac lalu di gerai burger di Jalan Kuantan Gambang, berpunca dari perselisihan fahamnya dengan peniaga burger berkenaan.

Berlaku perselisihan faham

“Telah berlaku perselisihan faham dengan peniaga burger tersebut sehingga berlaku pergaduhan. Saya telah dipukul, disepak dan dipijak oleh tiga lelaki menyebabkan saya mengalami luka di bahagian kening kiri dan sakit di seluruh badan.

“Kejadian itu berlaku disebabkan peniaga burger itu tidak berpuas hati kerana saya terlupa membayar burger (yang dibeli pada 17 Mac),” katanya dalam laporan polis yang dibuat semalam di Balai Polis Kuantan.

Bagaimanapun, peniaga burger tersebut, Mohd Amirul Amin Mat Nor, 26, tampil menjelaskan cerita sebenarnya yang berlaku.

Tak bayar pesanan

Menurut Amirul, pada awalnya Hamizam memesan satu burger benjo, patty daging dua keping dan air tin.

Semasa Amirul sedang menyiapkan pesanan itu, Hamizam menambah lagi pesanan dua burger daging dan keseluruhan pesanannya berjumlah RM18.90.

“Sementara menunggu pesanan kedua siap, dia memberitahu mahu pulang ke bilik sewa sebentar untuk menghantar kunci bilik kepada kawannya. Dia telah membawa balik tempahan pertama tanpa membuat sebarang pembayaran kepada saya dengan niat untuk mencuri.

“Dia memberitahu akan datang semula ke stall saya untuk mengambil pesanan yang kedua. Tetapi kami menunggunya selama tiga jam (tak kunjung tiba).

“Pada malam Sabtu, saya menunggu kedatangannya untuk memohon maaf bagi menyelesaikan pembayaran makanan itu tetapi dia tidak datang,” katanya.

Dua hari kemudian, isteri Amirul terjumpa dengan Hamizam lalu menghubungi suaminya yang kemudian datang ke lokasi.

“Saya memukul lelaki tersebut kerana bercakap tidak benar dan cuba menipu,” katanya.

Kesal difitnah

Sementara itu, isteri Amirul, Nurul Syafiqah Nabilla Abdul Munin, turut membuat laporan polis susulan terdapat beberapa individu yang menyebarkan fitnah terhadap mereka di media sosial.

“Posting tersebut menyatakan saya dan suami telah memukul lelaki itu. Kami difitnah, dimalukan dan dihina teruk oleh pihak berkenaan dan mengakibatkan perniagaan kami dan perniagaan HQ Akie Burger terjejas.

“Laporan polis yang dibuat (oleh Hamizam) juga adalah tidak benar. Dia beritahutelah dipukul beramai-ramai, sedangkan hanya suami saya sahaja yang memukulnya.

“Lelaki itu juga bukan pelanggan tetap kami dan tidak pernah membeli dari kami sebelum ini,” katanya yang menuntut individu bernama Nur Mariana memadamkan posting tersebut dan memohon maaf kepada pihaknya secara terbuka.

The post Lelaki dipukul kerana terlupa bayar pesanan burger RM18.90? Peniaga tampil cerita hal sebenar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar