-->

‘Melayu tenggelam, tempat usang & makanan serba kari’ – Influencer Indonesia beri review buruk tentang Malaysia

Malaysia menjadi satu destinasi pelancongan yang digemari oleh pelancong luar. Selain daripada tempat-tempat menarik, keenakan sajian makanan dan minuman juga membuatkan mereka tidak jemu untuk berkunjung ke sini.

Kebiasannya maklum balas yang diberikan sangat positif dan mampu membuatkan rakyat Malaysia tersenyum mendengar setiap pujian.

Namun begitu, ulasan yang diberikan oleh seorang pempengaruh dari Indonesia seolah sukar diterima.

Pempengaruh berkenaan yang menggunakan nama USER ASB melawat beberapa kawasan di Malaysia dan mengecam kemudahan serta infrastruktur dalam negara.

Di Melaka, dia menyatakan sudah beberapa kali dia ke Melaka Sentral, namun didapati tiada perubahan disitu. Malahan katanya sangat usang. Dan beberapa lagi tempat di Melaka menjadi bahan kutukannya.

“Terasa berada di China kerana majoriti Cina. Melayu tenggelam,” tulisnya.

Ketika berada di Kuala Lumpur pula, dia secara berterusan memerli masyarakat Melayu yang tenggelam kerana dipenuhi dengan warganegara Bangladesh. Dia turut mengkritik stesen keretapi LRT yang dilihat sudah usang tetapi masih lagi digunakan.

“Tapi masih boleh dipakai walaupun isinya orang bangla,” katanya.

Selain daripada itu juga, dia juga menyatakan makanan di Malaysia tidak kena dengan seleranya kerana banyak menggunakan kari dalam masakan. Susulan itu, dia berpendapat lebih bagus sekiranya melancong ke negara seperti Vietnam atau Thailand kerana suasana baru yang lebih menyeronokkan.

Diruangan komen, ramai menyatakan hantaran berkenaan merupakan serangan balik dari netizen Malaysia yang membuat ulasan ke Jakarta.

Sumber: USER ASB

The post ‘Melayu tenggelam, tempat usang & makanan serba kari’ – Influencer Indonesia beri review buruk tentang Malaysia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar