-->

‘Jaga diri kat luar sana, kalau rasa perlukan mama, baliklah’ – Abby Abadi

Sebelum ini tular jenama pakaian yang dikrtik kerana dilihat mengambil kesempatan dengan situasi yang berlaku antara Marissa Dania, Aslam dan isteri pertamanya, Misya. Susulan itu, netizen bertindak untuk memboikot jenama pakaian tersebut.

Belum reda dengan isu itu, satu klip video ringkas sebuah podcast tular, menembual selebriti dan usahawan Abby Abadi mengenai anak keduanya itu.

Kata Abby Abadi dia ada berjumpa dengan Marissa di sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

“Sekali tu jerla saya jumpa dia. Dia menghilangkan diri dan melarikan diri. Tapi saya tahu dia selamat duduk luar.

“Saya rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya memang serah pada Allah. Saya memang macam tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Abby berdoa dan mengharapkan segala yang terbaik buat anaknya.

“Jaga diri kat luar sana. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya.

Kata-kata Abby Abadi mengundang sebak host podcast, Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Sumber: TikTok

The post ‘Jaga diri kat luar sana, kalau rasa perlukan mama, baliklah’ – Abby Abadi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar