-->

Artis berstatus suami & pelakon wanita dicekup berkhalwat?

Tular ketika ini, satu laporan mendedahkan seorang artis lelaki dan wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.

Artis lelaki berstatus suami orang itu dan pelakon wanita berkenaan dikatakan sini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Menurut laporan tersebut, sumber menyatakan tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.

“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.

Berdasarkan laporan tersebut juga menyatakan artis lelaki berkenaan pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.

Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang. Manakala artis wanita tersebut pulak dikatakan merupakan adik kepada seorang selebriti yang juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis.

Sumber: Harian Metro

The post Artis berstatus suami & pelakon wanita dicekup berkhalwat? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar