-->

‘Beri ruang kepada Bella’

Seorang selebriti lelaki yang merupakan suami orang dilaporkan kantoi berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Menurut laporan awal, lelaki berkenaan dikatakan kerap memasuki rumah tersebut menyebabkan orang awam membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Turut tersebar di media sosial, video daripada Melodi yang menunjukkan Bella Astillah bersama adik, Didi Astillah dan Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama.

Tiga wanita berkenaan muncul di lokasi tersebut pada jam 2.40 pagi, mencetuskan tanda tanya.

“Bagi pihak kak Bella, saya tak nak beri apa-apa statement tentang perkara itu. Kalau boleh beri ruang kepada Bella.

“Mungkin benda ini masih terkejut lagi,” kata Didi Astillah.

Manakala Bella pula dilihat hanya mendiamkan diri apabila pihak Melodi cuba mendapatkan keterangannya berhubung dakwaan suaminya ditangkap khalwat.

Sumber: Melodi

The post ‘Beri ruang kepada Bella’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar