-->

Malaysia duduki tangga kedua obesiti di Asia Tenggara

Obesiti atau masalah kegemukan membuatkan pergerakan individu terbatas. Beberapa faktor yang menyumbang kepada obesiti ini adalah antaranya tabiat pemakanan dan juga gaya hidup individu.

Masalah obesiti dapat diatasi sekiranya individu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan. Beberapa perkongsian turut menunjukkan individu yang mengalami obesiti dapat membentuk berat badan yang ideal jika perkara-perkara tersebut diamalkan.

Menerusi satu hantaran, The World Factbook-Central Intelligence Agency dari 2016-2024 mendedahkan Malaysia menduduki tangga kedua di Asia Tenggara yang mempunyai masalah obesiti. Jumlah peratusan sebanyak 19% yang direkodkan oleh rakyat Malaysia.

Tangga pertama dengan peratusan sebanyak 28.2% dimiliki oleh rakyat Brunei, tangga ketiga pula adalah Singapura dengan 11.6% dan diikuti Thailand yang mempunyai peratusan yang sama dengan Singapura.

Timor-Leste dicatatkan dengan jumlah peratusan terendah dengan hanya mencatatkan 1.1%.

Kajian obesiti ini dilakukan terhadap jumlah golongan dewasa yang mengalami obesiti di Asia Tenggara. Peratusan tersebut menterjemahkan obesiti dalam kiraan BMI 30kg/m² atau lebih tinggi.

Diruangan komen, netizen terhibur dan bersetuju dengan kajian yang dinyatakan. Kata mereka, obesiti merupakan satu tanda mereka sering menikmati makanan tanpa mengira masa dan ketika.

Sumber: seasia.stats

The post Malaysia duduki tangga kedua obesiti di Asia Tenggara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar