-->

Joe Biden akui dia adalah zionis

Biarpun ditekan dari segenap sudut oleh masyarakat dan pemimpin dunia, Presiden Amerika Syarikat seolah ‘kebal’ dengan hinaan dan cacian keatasnya.

Menerusi satu kenyataan, Joe Biden yang merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke 46 itu menegaskan beliau adalah zionis.

“Saya seorang Zionis. Jika tidak ada Israel, tiada seorang pun orang Yahudi di dunia ini akan selamat,” katanya.

Dalam satu laporan, Biden berkata Israel perlu memanfaatkan peluang untuk mendapat keamanan dan keselamatan bagi warga Israel serta Palestin.

Sementara itu, Biden turut mengesahkan rundingan untuk gencatan senjata yang sedang dijalankan.

“Saya fikir jika gencatan senjata sementara berjaya dicapai, kita dapat bergerak ke arah yang lebih dinamik untuk penyelesaian dua negara bagi menjamin keselamatan Israel dan pembebasan Palestin.

“Israel ‘memberi komitmen kepada saya yang mereka akan melihat kemampuan untuk mengosongkan sebahagian besar Rafah sebelum mereka ‘masuk’ dan menangkap baki pejuang Hamas,” katanya.

Sumber: Harian Metro

The post Joe Biden akui dia adalah zionis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar