-->

‘Hanya kerana dituduh mencuri RM85…’

Seorang pelajar di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui tidak bernyawa di asrama kolej pada pukul 6.50 pagi kelmarin.

Mohammad Nazmie, pelajar program Bioteknologi, dipercayai mati dipukul oleh rakan-rakannya ekoran perselisihan faham berkenaan wang berjumlah RM35 dan RM50.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa dituduh mencuri wang tersebut sebelum dipukul sehingga mati.

Susulan kejadian itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes itu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa enggan mengeluarkan sebarang kenyataan dan meminta ruang kerana masih berduka dengan kejadian yang menimpa mangsa.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Hanya kerana dituduh mencuri RM85…’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar