-->

Doktor terkejut, temui buah kelapa dalam rektum lelaki warga emas

Seorang lelaki berusia 50-an dari Taiwan terpaksa menahan kesakitan yang luar biasa dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi mengeluarkan buah kelapa dari rektumnya.

Doktor berjaya mengeluarkan buah kelapa tersebut selepas melakukan pembedahan perut dan kejadian itu telah menarik perhatian ramai dan turut dilaporkan dalam British Medical Journal.

Mengadu sakit, tak dapat kencing

Pakar pembedahan am dan kolorektal, Dr Chen Zhiyi berkata, pesakit berkenaan datang ke jabatan kecemasan dan mengadu sakit di bahagian pundi kencingnya yang didapati bengkak serta tidak dapat membuang air kecil.

Lelaki itu kemudian mengaku dia telah memasukkan sesuatu ke dalam rektumnya pada malam sebelumnya.

Selepas menjalani imbasan CT, doktor mengesan objek asing berbentuk bulat yang tersangkut dalam rektum yang menghalang pesakit untuk membuang air kecil. Akibatnya, pundi kencing pesakit membengkak sebesar bola ragdi dan mengandungi hampir 2,000 cc air kencing.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan bahawa objek tersebut adalah buah kepala.

Sebelum pembedahan, Dr Chen telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan buah epala itu, termasuk menggunakan alat dan cuba mengeluarkannya secara manual, tetapi gagal.

Setelah menilai risiko akibat tekanan berpanjangan, pesakit kemudian dibedah di bahagian perut dan akhirnya buah kelapa itu berjaya dikeluarkan.

Netize pertikai, doktor tunjuk bukti

Kes pelik itu mencetuskan perbincangan di kalangan netizen Taiwan. Ada yang mengakui terkejut, manakala yang lain pula merasakan kes itu melucukan. Salah seorang daripada netizen mengandaikan buah kepala yang masuk ke dalam rektum pesakit itu adalah buah kelapa tanpa kulit.

Namun, Dr Chen mengesahkan bahawa buah kelapa yang dikeluarkan dari rektum pesakit itu masih sempurna dan mempunyai kulit. Malah dia turut memberi gambar kelapa yang dikeluarkan dari rektum persakit bagi mengesahkan kejadian itu.

Dr Chen pernah bertanya sendiri kepada pesakit bagaimana dia boleh memasukkan buah kelapa itu ke dalam rektumnya, lelaki itu hanya mendiamkan diri.

Sumber: Goody Malaysia

The post Doktor terkejut, temui buah kelapa dalam rektum lelaki warga emas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar