-->

Cadangan hapuskan tol akan beri kesan kepada kewangan negara

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, memaklumkan cadangan untuk menghapuskan tol akan memberi kesan yang mendalam kepada kestabilan kewangan negara.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan itu, kerajaan perlu membayar lebih daripada RM450 bilion sebagai pampasan kepada syarikat konsesi tol.

“Anggaran (kos) pada 2019 untuk menghapuskan tol kita perlu membayar (pampasan) kepada konsesi lebuh raya lebih RM400 bilion. Sekarang sudah 2023, tentunya lebih lagi, saya anggarkan kira-kira RM450 bilion,” jelasnya.

Tambahnya, “Belanjawan negara sekitar RM388 bilion setahun. Kalau nak hapuskan tol dengan nilai RM450 bilion dalam tempoh setahun, kita tiada gaji yang boleh diberi atau untuk kegunaan lain.

“Saya tak nampak tol boleh dihapuskan,” katanya.

Ahmad juga mendedahkan, kerajaan kini membelanjakan sebanyak RM20 juta sehari untuk membayar kepada konsesi lebuh raya susulan pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Sumber: Bernama via Astro Awani

The post Cadangan hapuskan tol akan beri kesan kepada kewangan negara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar