-->

‘Ada muka bini pertama dalam ni ke?’ – Mira

Pempengaruh media sosial, Mira, sebelum ini pernah dituduh menyondol suami orang yang juga merupakan majikannya sendiri sehingga menyebabkan rumahtangga pasangan itu berantakan.

Namun, isu tersebut reda selepas pasangan berkenaan mengambil keputusan untuk menyelesaikan hal itu secara baik dan tidak lagi memanjangkan hal itu di media sosial.

Semalam, akaun TikTok View Team memuat naik konten terbaru yang menunjukkan Mira memeriksa isi kandungan beg View Chin untuk tatapan para pengikut di platform itu.

Antara barangan yang didapati dalam beg itu adalah sejumlah wang tunai, hand sanitizer, panadol, resit dan juga gambar View Chin bersama Mira.

“Gambar orang lain tak ada wei, gambar Mira je ada. OMG! Lepas tu ada kad, ada muka bini pertama dalam ni ke?” katanya.

Ayat yang diungkap oleh Mira itu mengundang pelbagai reaksi negatif netizen yang menegaskan Mira tiada hak jika View Chin masih menyimpan gambar isteri pertama.

“Kenapa Mira nak marah kalau View Chin simpan gambar bini pertama? How dare you mention View Chin first wife, you have no right.

“Nak jeles apa hal? Kau rasalah balik masa kau buat kat Amoi tu,” kata netizen.

“Kenapa ek kena sebu ex first wife tu? Dia buat macam dia pula yang kena tikam belakang, sedangkan dia yang rampas,” tambah netizen lain.

Walau bagaimanapun ada yang berpendapat video itu sekadar konten yang telah dirancang bagi menarik perhatian pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

The post ‘Ada muka bini pertama dalam ni ke?’ – Mira appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar