-->

2 penunggang motosikal Yamaha RXZ nyaris maut

Dua penunggang motosikal Yamaha RXZ nyaris maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 258.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT), berhampiran Perasing, pada tengah hari kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu terjatuh setelah merempuh kenderaan pelbagai guna, Proton Exora.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.20 tengah hari, kedua-dua penunggang itu dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menyertai himpunan motosikal, RXZ Fighter Gathering, di Kuantan, Pahang.

Berdasarkan bukti video, mereka dipercayai berlumba sesama sendiri dan cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh tepi kenderaan Perodua Exora di hadapannya.

Seorang lagi penunggang motosikal Yamaha RXZ yang terlibat dalam kejadian itu berjaya mengelak daripada merempuh kenderaan sama dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Tercampak selepas bergesel dengan lori

Dalam satu kejadian berasingan, seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan menghadiri program yang sama, maut dalam kemalangan di Kilometer 156.9 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan.

Mangsa, Mohammad Sharfie Sukri, 21, maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 47 tahun.

Difahamkan, angsa dalam perjalanan dari Petaling Jaya, Selangor menghala ke Kuantan. Apabila tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal itu yang berada di lorong kiri bergesel dengan lori. Akibatnya, mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo! Online, Harian Metro

The post 2 penunggang motosikal Yamaha RXZ nyaris maut appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar