-->

YouTuber dakwa beli rumah bernilai RM9.7 juta, tapi kantoi dia rupanya menyewa jer

Seperti menjadi trending semasa, pempengaruh dilihat menggayakan barangan mewah. Selain itu juga, mereka seringkali menayangkan kehidupan mereka tinggal di kediaman mewah.

Sebelum ini seorang pempengaruh muda menyatakan dia telah membeli sebuah rumah mewah. Dalam video berkenaan, dia menunjukkan beberapa jumlah wang tunai yang diberikan kepada seorang wanita yang dipercayai agen rumah berkenaan.

Selain itu juga, dalam video berkenaan kelihatan dia menandatangi satu dokumen. Katanya itu merupakan satu inspirasi buat golongan muda yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.

Bagaimanapun menurut netizen, pempengaruh berkenaan sebenarnya hanya menyewa rumah berkenaan.

Dakwa beli rumah RM9.7 juta

Tular ketika ini pula, seorang pempengaruh juga kantoi menyewa sebuah rumah kediaman. Katanya sebelum ini, pempengaruh berkenaan mendakwa dia telah membeli sebuah banglo mewah berharga RM9.7 juta. Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang pelabur hartanah menerusi carian hak milik kediaman.

“Sekarang influencer ni cakap dia beli bungalow RM 9.7juta. Bila abam buat carian hak milik rupanya dia menyewa saja bukan owner pun.

“Sekarang memang owner nak jual RM9.8m juta nego,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki ini turut mempersoalkan kegiatan yang dilakukan oleh kebanyakan pempengaruh seperti yang dilakukan oleh pempengaruh ini bertentangan dan menyalahi undang-undang dan agama.

“Pengaruh influencer yang potray diri diorang mewah dan berjaya. Influencer kat bawah ni follower juta- juta. Kebanyakan budak budak. Yang tak boleh belah dia promote judi terang terang.

“Abam dengar banyak kes orang melayu islam ketagih judi. Habis dicagar harta benda untuk berjudi akhirnya aset terlelong lepas lingkup berjudi. Jangan diajar atau mengajak orang try judi. Effectnya sangat teruk,” katanya.

Sumber: Ishaq Marazi

The post YouTuber dakwa beli rumah bernilai RM9.7 juta, tapi kantoi dia rupanya menyewa jer appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar