-->

Wanita terkejut, penjual aiskrim enggan menjual aiskrim kepadanya kerana trauma dengan bangsanya?

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, Preeyangka23, berkongsi mengenai pengalamannya berdepan dengan seorang penjual aiskrim yang enggan menjual aiskrim kepada orang India di Pantai Remis, Jeram, Selangor.

Menurut Preeyangka, dia ketika itu datang berkelah bersama keluarganya di pantai tersebut. Beberapa anak saudaranya yang berusia enam tahun ke bawah kemudian ternampak penjual aiskrim berhampiran dan meminta untuk dibelikan aiskrim.

Malangnya, penjual aiskrim berkenaan tidak mahu menjual aiskrim kepada mereka atas alasan trauma dengan pelanggan berbangsa India.

@preeyangka23

I’m not posting this video to bring anyone any harm. It’s just to raise awareness and to educate people thay stereotyping is not the way to go. I hope we can all change for a better Malaysia. #preeyangkasjourney

♬ original sound – Preeyangka23 – Preeyangka23

“Ibu saudara saya pergi membeli aiskrim daripadanya. Tahu apa yang penjual aiskrim itu kata? Dia tidak menjual aiskrim kepada orang India.

“Kami terkejut dan bertanya kenapa. Di motosikalnya dilampirkan satu salinan laporan polis yang menyatakan dia sebelum ini pernah bergaduh dengan beberapa orang India mabuk. Dan disebabkan itu dia tidak menjual aiskrim kepada orang India,” katanya.

Trauma diganggu beberapa lelaki mabuk

Difahamkan kejadian itu berlaku pada Januari lalu di mana penjual aiskrim itu telah diganggu oleh sekumpulan lelaki India yang datang menganggunya berniaga.

“Mereka mengambil aiskrim tanpa membayar apa-apa, serta mengganggu dan membuatkan orang lain di sekitar menjadi takut untuk datang membeli aiskrim saya.

“Kejadian itu banyak kali berlaku ketika saya sedang berniaga di kawasan itu,” kata penjual aiskrim berkenaan.

Jelas Preeyangka, dia faham penjual aiskrim itu trauma dengan kejadian tersebut. Namun tidak wajar untuk menganggap semua orang India itu sama. Apatah lagi tindakannya menolak untuk menjual aiskrim kepada kanak-kanak India adalah tidak masuk akal.

“Mereka hanya kanak-kanak, nak makan aiskrim. Mujur ada satu keluarga berbangsa Melayu berhampiran yang menyaksi kejadian itu bersimpati lalu membantu membelikan aiskrim untuk anak-anak saudara saya,” ujarnya.

Peniaga aiskrim tampil mohon maaf

@preeyangka23

Replying to @Tisam Ibrahim I’m glad to confirm that the ice cream man issue has been addressed! Thank you to all who shared my video and hoping this change will contribute to a harmonious Malaysia πŸ«ΆπŸ½πŸ‡²πŸ‡Ύ #preeyangkasjourney

♬ original sound – Preeyangka23 – Preeyangka23

Susulan video itu tular, peniaga aiskrim berkenaan tampil memohon maaf dan meminta isu tersebut tidak dipanjangkan. Malah dia bersedia bertemu dan menjual aiskrim kepada Preeyangka.

“Saya betul-betul minta maaf kat akak, jangan marah kat saya. Saya nak minta akak jangan panjangkan isu ini, kasi pendek kan.

“Kalau akak nak datang jumpa saya, datanglah jumpa saya. Saya betul-betul minta maaf. Akak datang macam biasa, saya boleh jual,” kata penjual aiskrim yang berbangsa India-Muslim.

Preeyangka menerima baik permohonan maaf itu dan turut berterima kasih kepada pihak Malaysian Indian Community (MIC) yang mengambil langkah segera untuk menangani isu tersebut.

Sumber: TikTok Preeyangka23

The post Wanita terkejut, penjual aiskrim enggan menjual aiskrim kepadanya kerana trauma dengan bangsanya? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar