-->

Jalaluddin Hassan dedah ada peserta yang hampir menang RM1 juta – ‘Who Wants to Be a Millionaire’

Pelakon versatil, Datuk Jalaludin Hassan sudah tidak asing lagi dalam industri seni. Bukan sahaja lakonan, malahan dalam dunia pengacaraan beliau juga dikagumi ramai.

Seketika dulu, satu rancangan realiti terkenal disiarkan pada tahun 2000-2002 yang dikenali sebagai ‘Who Wants to Be a Millionaire?’ yang dihostkan oleh Jalaludin Hassan.

Rancangan itu menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan apabila peserta dapat menjawab seberapa banyak soalan pelbagai pilihan dengan tepat. Rancangan tersebut juga membawa penonton merasai elemen terkejut, suspen dan berdebar-debar.

Tugas pengacara pula adalah memainkan emosi dengan psikologi peserta samada yakin atau tidak dengan jawapan yang diberikan. Format program ini dimiliki dan dilesenkan oleh Celador yang merupakan sebuah syarikat penerbitan dari United Kingdom.

Menerusi sebuah podcast, Jalaludin Hassan berkongsikan pengalaman beliau ketika mengendalikan program berkenaan. Katanya, jawapan yang ditanyakan pada peserta ketika itu tidak diketahuinya tetapi dia mengambil peranan untuk menunjukkan ekspresi muka seolah dia mengetahui jawapan tersebut.

Belaiu turut mendedahkan, terdapat seorang peserta yang merupakan seorang guru sudah hampir menjadi jutawan pertama dalam program tersebut. Pihak stesen televisyen NTV7 ketika itu sudah dikatakan mahu memberikan kemenangan kepada peserta berkenaan dengan memenangi wang tunai RM1 juta.

@raksasamanja680

Dato’ Jalaluddin Hassan share kisah menarik di sebalik rancangan Who wants to be a millionaire? #jalaluddinhassan #projekbapakbapak #projekbapakbapak #artismalaysia #pelakonmalaysia #seniman #whowantstobeamillionaire

♬ Epic News – DM Production

Jika peserta tersebut meneruskan soalan RM1 juta tersebut dan mengunci jawapan yang salah, beliau hanya akan membawa pulang sebanyak RM32 ribu sahaja. Namun begitu, kerana tidak yakin dengan jawapan tersebut, peserta itu hanya dapat membawa pulang RM500,000.

“Selesai saja kuiz, soalan ditanyakan kepadanya apakah jawapan yang bermain di fikirannya. Jawapan yang diberikan adalah betul. Terduduk dia,” katanya.

Menurut Jalaludin, rancangan berkenaan menjadi fenomena ketika itu dan dikongsikan juga, pelakon veteren Bollywood, Amitabh Bachchan yang menjadi pengacara program berkenaan di India memuji cara pengacaraan yang dibawakan oleh Jalaludin Hassan.

Semasa mengendalikan program berkenaan juga, kata Jalaludin, pihak DiGi memberikan kepadanya satu sim DiGi yang digunakan sehingga kini.

Sumber: Podcast Raksasa Manja, Youtube Raksasa Manja

The post Jalaluddin Hassan dedah ada peserta yang hampir menang RM1 juta – ‘Who Wants to Be a Millionaire’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar