-->

‘Pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu, tak berlubang macam jalan tar’ – Wanita sedih dihina kekasih bekas teman lelakinya

Selain daripada kehilangan, wanita juga akan bersedih apabila fizikal mereka dicemuh dan dihina. Berbanding lelaki, wanita akan mengingati kata-kata hinaan yang ditujukan padanya sampai bila-bila.

Satu video tular yang mencatatkan tontonan sehingga 1.8 juta di TikTok merakamkan seorang wanita yang bersedih dengan hinaan (face shaming) yang diberikan oleh teman wanita bekas kekasihnya.

Menerusi video berkenaan, satu mesej suara dikongsikan dipercayai dihantar oleh teman wanita bekas kekasihnya itu.

“Carilah skincare ke, kalau tak boleh pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu, tak macam jalan tar.

“Teruk sangat tu,berlubang ibarat jalan tar rosak,” sindirnya.

Sementara itu diruangan komen, ramai yang mengecam perbuatan wanita itu dan menyifatkannya tidak beradab. Dalam pada itu juga, ada yang berkongsikan pengalaman sama dihina kerana wajah dan personaliti yang tidak menarik.

“Sakitkan kena macam ni? Saya pun selalu kena bodyshaming, face shaming. Nak terasa, tapi sedar diri. Bila dah try improve diri, masih kena kutuk,” kata netizen.

Sumber: TikTok 4licee

The post ‘Pakai je produk merkuri bagi licin sikit muka tu, tak berlubang macam jalan tar’ – Wanita sedih dihina kekasih bekas teman lelakinya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar