-->

‘Undang-undang Syariah dah mansuh, encik’ – Pempengaruh dikecam kerana hina mahkamah dalam video parodi

Baru-baru ini Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 baru-baru ini telah memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan tersebut juga telah menimbulkan pelbagai perspektif masyarakat sehinggakan ada yang mengatakan keputusan ini ada kaitan dengan campur tangan politik. Walaupun pelbagai pihak tampil menjelaskan situasi sebenar berdasarkan fakta kes, namun masih tidak memuaskan hati sesetengah pihak.

Pempengaruh keruhkan keadaan

Ketika pempengaruh lain cuba memberikan kefahaman tentang apa yang telah diputuskan oleh mahkamah, seorang pempengaruh kontroversi pula bertindak sebaliknya.

Dalam satu hantaran video, pempengaruh terbabit dikecam kerana perbuatannya dianggap menghina keputusan mahkamah berdasarkan kes mahkamah tersebut.

Menerusi video parodi itu, pesalah melalui pandu lalu (drive-thru) bagi menyatakan kesalahan yang dibuat. Salah seorang pesalah menyatakan kesalahannya adalah meminum arak sedangkan dia beragama Islam. Namun begitu, pempengaruh berkenaan menyatakan kesalahan tersebut tidak dikira memandangkan pengadu tidak melakukan kesalahan yang lain.

Beberapa lagi parodi yang dibuat antaranya kesalahan membeli nombor ekor. Katanya hanya dalam agama pembelian nombor ekor tersebut didapati salah, tetapi dalam sivil tidak dikira salah. Tambahnya lagi ini kerana undang-undang di mahkamah syariah sudah mansuh.

PDRM, SKMM, Majlis Agama digesa ambil tindakan

Sementara itu diruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pempengaruh ini yang disifatkan tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Kalau sampai menghina mahkamah serta menyebar kekeliruan hingga mendatangkan keresahan dikalangan umat Islam, mohon sangat laa pihak berkuasa #PDRM #skmm Majlis Agama mengambil tindakan. Kalau dibiar, entah apa lagi anak pendatang ni akan bertindak kurang ajar untuk menghuru-harakan Malaysia,” tulis netizen.

“Nak buat content jangan sampai menghina Islam,” kata netizen lain.

Sumber: Facebook

The post ‘Undang-undang Syariah dah mansuh, encik’ – Pempengaruh dikecam kerana hina mahkamah dalam video parodi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar