-->

‘Saya tak beri alasan pun atas kekalahan kali ini’ – Pandelela

Dua hari lalu media melaporkan atlit terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mendedahkan ada ‘entiti’ yang mengganggu skuad terjun negara yang menyebabkan mereka gagal beraksi cemerlang sewaktu Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini. Kegagalan itu sekali gus menyebabkan mereka terlepas peluang ke Paris 2024

Kenyataan Pandelela itu kemudian dibidas oleh Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low yang menyifatkan Pandelela memberikan alasan untuk menutup kegagalannya.

“Manusia bila gagal, bagi alasan, tolak kiri kanan. Ini orang semua tidak profesional, tetapi mahu ambil gaji,” katanya.

Bagaimanapun, Pandelela menerusi hantarannya di Instastory semalam menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan alasan.

“…yang cakap pasal ‘entiti’ atau tangan ghaib ni bukan saya yang ajukan. Tapi wartawan yang tanyakan soalan tersebut. Saya cakap tak adalah.

“Sejujurnya juga, saya sangat kecewa kerana saya tidak memberi alasan pun atas kekalahan kali ini. Tapi dah media tanya, saya terpaksa jawab. Namun tidak beri penjelasan terperinci.

“Saya belum lagi berjumpa dengan persatuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi. Dan saya sangat sedih artikel ini dikeluarkan dahulu,” katanya.

Sumber: Instagram Pandelela

The post ‘Saya tak beri alasan pun atas kekalahan kali ini’ – Pandelela appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar