-->

‘Bapa kau makan harta anak yatim’ – Ali Puteh kesal anak terima tempias isu hutang RM75K

Pelawak Ali Puteh, kesal anaknya turut menerima tempias dari isu hutang RM75,000 dengan balu arwah abangnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.

Dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini, Ali mendedahkan anaknya diejek oleh rakan sekolah yang mendawa Ali makan harta anak yatim.

“Bayangkan anak saya pergi sekolah, orang ejek ‘Bapa kau makan harta anak yatim’.

“Saya jual sambal elok-elok, tak kacau orang dan berniaga dengan isteri saya. Ada yang kata saya pakai duit anak yatim untuk berniaga. Astaghfirullahalazim,” katanya.

Walaupun dilanda dugaan yang hebat, Ali meluahkan rasa bersyukur kerana isterinya sentiasa memahami situasinya.

“Saya menangis di bucu katil, dia tentangkan saya dengan berkata, ‘tidak mengapa saya ada. Kalau tak cukup duit, kita gadai barang kemas. Kereta pun saya ada. Jom pergi jual,” katanya sebak.

Kesal Hidayah terus memburukkannya di media sosial

Pada 4 Februari lalu, Ali berkongsi kronologi kes hutangnya dengan Hidayah.

Menurut Ali, dia sudah berusaha sehabis boleh untuk membayar hutang tersebut. Namun, kecewa apabila Hidayah berterusan memburukkannya di media sosial.

Pada awalnya, Ali cuba membayar hutang itu secara ansuran. Tetapi Hidayah menuntut hutang itu dibayar dengan segera. Ali turut menerima writ penyitaan rumah arwah ibunya.

Pelawak itu kemudian cuba membayar hutang menggunakan beberapa aset miliknya iaitu motosikal RXZ – RM25,000; 125Z – RM15,000; Y15 – RM12,000 dan baki RM23,000 akan dibayar secara tunai. Tetapi usaha keduanya itu tetap ditolak oleh Hidayah.

Berharap ada yang support perniagaannya

Tambah Ali, perkongsian kronologi itu bukanlah bertujuan meminta simpati masyarakat, tetapi dia berharap ada yang menyokong perniagaan kecilnya itu.

“Saya cuma harap support dari masyarakat untuk perniagaan kecil-kecilan dan usaha saya. Saya percaya dan reda dengan semua ujian yang Allah beri pada saya.

“Saya akan terus kuat dan berjuang untuk keluarga kecil saya. Saya yakin dan pasti, selepas hujan pastinya ada pelangi indah,” katanya.

The post ‘Bapa kau makan harta anak yatim’ – Ali Puteh kesal anak terima tempias isu hutang RM75K appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar