-->

Pemain bola sepak meninggal dunia selepas disambar kilat

Seorang pemain bola sepak berusia 35 tahun dari Subang, Indonesia, meninggal dunia selepas disambar kilat semasa perlawanan di Stadium Siliwangi, Bandung, Jawa Barat.

Insiden yang mengejutkan itu berlaku semasa perlawanan persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang, meninggalkan rakan sepasukannya dan peminat yang hadir dalam kejutan.

Menurut laporan media tempatan PRFM News, mangsa masih bernafas ketika dibawa ke hospital. Tetapi malangnya, mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Difahamkan, ini adalah kejadian kali kedua di maan seorang pemain bola sepak Indonesia disambar kilat. Sebelum ini, seorang pemain muda di Bojonegoro, Jawa Timur, mengalami serangan jantung selepas disambar kilat semasa Piala Soeratin U-13 pada tahun 2023.

Mangsa dikeluarkan dari padang dan dibawa ke Hospital Ibnu Sina di Bojonegoro untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa bagaimanapun tersedar semula kira-kira 20 minit kemudian, selepas mendapat bantuan perubatan.

Sumber: Daily Star

The post Pemain bola sepak meninggal dunia selepas disambar kilat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar