-->

‘Maaf terpaksa jual dengan harga tinggi’ – Peniaga jual semula Dendeng Nyet Berapi dengan harga RM39.90

Scalper ialah ‘peniaga’ yang mendapat untung dari perubahan harga yang kecil dengan menggunakan strategi ‘scalping’. Mereka membeli stok dalam jumlah besar, yang boleh menyebabkan kenaikan harga dan kekurangan stok untuk pengguna lain. Tindakan mereka kerap kali dianggap tidak adil kerana mereka menggunakan alat dan pengetahuan yang lebih canggih.

Baru-baru ini seorang peniaga dikesan menjual semula produk terbaru pempengaruh Khairul Aming, iaitu Dendeng Nyet Berapi di platform e-dagang dengan harga RM39.90, berbanding harga asal RM14.99.

Majlis batal, tanggung rugi

Menurut gambar yang tular di media sosial, peniaga yang disyaki scalper itu memberikan alasan terpaksa menjual semula produk tersebut dengan harga yang tinggi untuk menanggung kerugian.

“Kami beli untuk satu majlis, tetapi majlis itu dihentikan. Jadi kami jual balik di sini.

“Kami minta maaf sebab harga tinggi. Kami terpaksa cover balik kerugian. Anda boleh beli hanya kalau berminat. Ada beberapa (peket) sahaja tinggal,” kata peniaga berkenaan dalam ruang diskripsi iklan.

Senangnya nak gula-gulakan orang

Bagaimanapun, netizen tidak terperdaya dengan helah peniaga itu yang menggunakan alasan yang sudah lapuk.

“Makanan pun ada scalper juga. Simpan jelah kak, buat daging dendeng perkasam. Raya nanti boleh jamu keluarga dan saudara mara,” kata Ariff.

“Senang je nak gula-gulakan orang ek? Berapa dozen kau dapat beli tu? Kita battle nak dapat satu pun hampeh,” kata Hazelin.

The post ‘Maaf terpaksa jual dengan harga tinggi’ – Peniaga jual semula Dendeng Nyet Berapi dengan harga RM39.90 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar