-->

Tular video lelaki selamba berak depan rumah orang

Satu insiden memalukan telah berlaku di Taman Stapok, Batu Kawa, Kuching, di mana seorang lelaki dengan selamba membuang air besar (berak) di hadapan sebuah rumah.

Kejadian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen selepas video tersebut tular di media sosial.

Menurut sumber, lelaki berbaju merah berkenaan dilihat mencangkung dan membuang air besar di hadapan rumah tersebut.

Sebuah kereta Toyota berwarna putih juga dilihat berada di tempat kejadian, seolah-olah cuba melindungi lelaki tersebut daripada dilihat orang ramai.

Sebaik saja selesai membuang hajat, lelaki itu segera masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan tersebut.

Perbuatan tidak senonoh lelaki berkenaan bukan sahaja mengundang kecaman daripada netizen. Malah, Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai, juga mengutuk perbuatan tersebut dan menegaskan pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

“Kita akan periksa pemilik kereta terbabit dan memberikan hukuman sewajarnya,” kata Tan Kai.

Insiden ini telah menimbulkan kemarahan dan kekecewaan di kalangan masyarakat setempat. Mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap lelaki tersebut untuk mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa akan datang.

Identiti lelaki terbabit masih belum dapat dikenal pasti. Kes masih dalam siasatan pihak berkuasa.

The post Tular video lelaki selamba berak depan rumah orang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar