-->

Remaja lelaki dibelasah kerana wajahnya terlalu kacak

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dari Thailand, Mooyong, mengalami kecederaan serius selepas diserang sekumpulan remaja yang menganggapnya “terlalu kacak” dalam kejadian di provinsi Isaan, Udon Thani.

Penduduk di Ban Nong Kanon Simma, daerah Ban Dung, mendesak pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan remaja berusia antara 12 hingga 16 tahun yang bertanggungjawab atas serangan fizikal terhadap Mooyong.

Mooyong dimasukkan ke Hospital Bandung Crown Prince pada petang 11 Februari selepas serangan tersebut. Dia dilaporkan tidak sedarkan diri selama dua hari akibat serangan itu.

14 Februari kemudian, Mooyong tersedar dan menceritakan insiden tersebut kepada Channel 3.

Menurut Mooyong, dia dan empat rakan sebelum kejadian pergi ke kedai gunting rambut. Mereka kemudian terserempak dengan sekumpulan empat remaja terbabit yang mencabar mereka untuk bertumbuk. Apabila Mooyong bertanya apa puncanya, kumpulan itu menjelaskan bahawa mereka cemburu dengan rupa Mooyang yang kacak. Suspek menunjukkan dua senjata api yang menyebabkan mangsa tidak dapat berbuat apa-apa.

Semasa pergaduhan itu, salah seorang suspek, Bas, 16, memukul lehernya menyebabkan Mooyang pengsan di tempat kejadian, lalu dibawa oleh rakannya ke hospital dengan motosikal.

Jelas Mooyang, disebabkan rakannya panik dan tergesa-gesa, mereka secara tidak sengaja telah menyeret kakinya sehingga mengalami kecederaan, sepanjang perjalanan ke hospital.

Sementara itu, penduduk memaklumkan, kumpulan remaja yang bertanggungjawab menyerang Mooyong berasal dari pelbagai komuniti di wilayah berdekatan. Selain itu, Mooyong dikatakan bukan mangsa pertama; suspek yang sama dipercayai telah menembak mangsa lain dalam kejadian Januari lalu.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penangkapan dibuat dalam kes itu.

Sumber: Thaiger

The post Remaja lelaki dibelasah kerana wajahnya terlalu kacak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar