-->

’80 kali call, tak jawab-jawab!’ – Wanita terpaksa naik Grab ke hospital, gara-gara pemandu kereta double park

“Terima kasih ya! Awak memang terbaik!”, demikian mesej yang tertera pada sekeping nota yang ditinggalkan di cermin kereta yang tular di media sosial semalam.

Sikap pentingkan diri pemilik kenderaan berwarna hitam jenis Honda berwarna hitam itu bukan sahaja menghalang laluan keluar kenderaan lain yang diletakkan di petak parkir, malah menyebabkan perancangan orang lain turut tergendala.

Menurut pemilik kereta Perodua Axia terbabit, dia perlu segera pergi ke hospital. Tetapi disebabkan insiden itu, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan e-haling.

Sebelum itu, wanita berkenaan cuba menghubungi pemilik kenderaan itu yang dikenali sebagai Shahril. Malangnya panggilannya langsung tidak dijawab.

“Terima kasih. Disebabkan saya ada emergency dekat hospital, kereta Honda hitam awak jadi penyebab saya tak boleh nak ke mana-mana.

“Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon, tetapi dah call 80 kali tak jawab-jawab,” katanya.

Menurut TikToker Alepdepay, kejadian itu berlaku di Bangsar.

“Kesian kat akak tu. Nak pergi hospital kena naik Grab pulak. Dah la naik Grab, pastu kena bayar parking extra sebab orang kurang cerdik macam ni. Bertabah ya kak,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ’80 kali call, tak jawab-jawab!’ – Wanita terpaksa naik Grab ke hospital, gara-gara pemandu kereta double park appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar