-->

‘Semua benda nak tepek Madani’ – Netizen & pemain industri beras persoalkan kewajaran pengenalan beras putih Madani

Kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg), RM15.50 (5kg) & RM3.50 (1kg) yang dijangka akan dipasarkan bermula 1 Mac depan.

Sumber Gambar: Bernama

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harga kawalan beras akan diputuskan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) minggu depan.

Langkah kerajaan memperkenalkan Beras Putih Madani telah mengundang pelbagai polemik dan perspektif lebih-lebih lagi mereka yang terlibat di dalam industri ini.

Menerusi satu laporan, katanya pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mahupun agensi-agensi berkaitan tidak pernah memanggil pemain-pemain industri untuk berbincang apatah lagi berunding mengenai perkara ini.

Banyak persoalan timbul

“Banyak persoalan timbul apabila kerajaan mengeluarkan beras ini. Syarikat mana yang mengeluarkannya, siapa pengilangnya, sumber padi itu sendiri, penetapan harga pukal dan sebagainya. Kami memang tidak tahu perkara ini, sehingga ia diumumkan,” kata Pengarah Urusan PLS Marketing (M) Sdn Bhd, Allen Lim.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin pula berkata, pengumuman dibuat Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal lebih banyak menimbulkan persoalan daripada menyelesaikan masalah.

“Apa makna Datuk Syed bahawa beras SSI dimansuhkan? Saya dari pihak industri minta penjelasan. Kenyataan beliau itu bermakna beras SSI tiada lagi, kita tidak dibenar import lagi dan kita jual beras putih Malaysia Madani ke?

“Kalau itu cadangan beliau maksudnya ia tidak munasabah sebab kita tidak cukup bekalan di negara ini,” katanya.

Buat perbandingan dengan beras 1 Malaysia

Segelintir netizen mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan

Sementara itu, netizen tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan serta menyatakan perkara tersebut lebih membebankan rakyat. Selain itu mereka turut membandingkan beras 1Malaysia yang diperkenalkan semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang jauh lebih murah berbanding beras Madani.

Sumber: Bernama, Malaysia Gazette

The post ‘Semua benda nak tepek Madani’ – Netizen & pemain industri beras persoalkan kewajaran pengenalan beras putih Madani appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar