-->

Lelaki cuba lemaskan kekasihnya kerana enggan gugurkan kandungan?

Tular video rakaman orang awam yang menunjukkan seorang lelaki cuba melemaskan teman wanitanya dalam kolam renang di Kondominium D’Latour, Jalan Taylor, Bandar Sunway.

Berdasarkan video tular di platform X, lelaki terbabit bertindak menarik rambut mangsa sebelum diheret dan dicampak ke dalam kolam.

Menurut sumber, lelaki itu dipercayai berang dengan tindakan mangsa yang tidak mahu menggugurkan kandungannya.

Saksi kejadian bersama dengan beberapa rakannya segera turun ke lokasi untuk meleraikan pasangan itu. Malangnya, mangsa melarang mereka campur tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya mengambil maklum mengenai video tular itu.

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 3 petang, 15 Februari 2024. Mangsa dan suspek diketahui sebagai pasangan kekasih, bukan warganegara.

Selain itu, wanita yang menjadi mangsa keganasan tersebut enggan meneruskan kes dan tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap kekasihnya. Dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan dan enggan mendapatkan rawatan.

The post Lelaki cuba lemaskan kekasihnya kerana enggan gugurkan kandungan? appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar