-->

Lelaki tegur pasar raya jual alkohol secara terbuka di Kepong

“Baru saja pergi ke AEON Kepong, adakah saya tinggal di negara kafir?” demikian kata pengguna X, yang juga bekas graduan Universiti Korea, dalam ciapannya semalam.

Menurut pengadu, lambakan produk minuman keras itu dijual secara terbuka dan diletakkan di laluan utama masuk ke pasar raya berkenaan.

Pengadu juga membuat semakan di internet dan mendapati, adanya garis panduan yang menetapkan penjualan minuman keras tidak boleh dilakukan secara terbuka.

“Alkohol dijual secara terbuka di sini untuk promosi jualan. Hanya kerana ada perayaan tertentu, anda tak perlu mengikut undang-undang?” katanya.

Lebih 90% penduduk di Kepong adalah Cina

Bagaimanapun ada netizen yang mengkritik ciapannya itu yang dianggap cuba memperbesarkan isu yang tidak remeh. Semakan netizen juga mendapati, demografi penduduk di kawasan Kepong majoritinya didiami oleh 90.5 peratus penduduk berbangsa Cina.

“Kalau tak setuju pun atas justifikasi tempat itu bukan ‘non halal’ section, tak payah la nak buat teruk dengan ayat “Am I lving in kaffir country’. As if alcohol stock clearance in a mall dalam kawasan dengan lebih 90 peratus non muslims tu menjadikan satu negara terkesan,” kata AR.

“Saya tak kata yang saya setuju dengan penjualan produk minuman keras secara terbuka, tetapi demografi di Kepong menunjukkan 90 peratus penduduk Cina. Lagi pun baru-baru ini ada sambutan Tahun Baru Cina,” kata Muhazsab.

Selain itu, ada netizen yang mempersoalkan mengapa lelaki itu tidak pula mempersoalkan tentang penjualan rokok secara terbuka.

“Yes, rokok pun sepatutnya tak boleh dijual secara terbuka sebab dikategorikan sebagai haram. Tetapi masih ramai Melayu yang menghisap rokok. Kau baru fist time beli groceries dekat Malaysia ke apa? Baru balik Malaysia ke? Benda ini sudah lama di Malaysia, bukan baru-baru ni sahaja,” kata Hanis.

The post Lelaki tegur pasar raya jual alkohol secara terbuka di Kepong appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar