-->

Tidak luput dek zaman, jenama baju melayu Omar Ali tetap teguh berdiri hampir 90 tahun

Baju melayu merupakan baju tradisional masyarakat Melayu yang tidak luput dek zaman. Seiring dengan perubahan zaman juga, baju Melayu dilihat telah melalui perubahan berdasarkan kreativiti seorang pereka fesyen dan tukang jahit.

Terdapat banyak jenama di pasaran yang tumbuh melata bagaikan cendawan. Namun, satu jenama yang terkenal ini dikatakan sudah lama bertapak hampir 90 tahun dahulu dan masih bertahan sehingga kini.

Jenama Omar Ali sudah tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Dalam satu perkongsian, diceritakan bagaimana jenama Omar Ali ini bermula dan terus berkembang.

“Semasa era penjajahan British di Malaya, Omar Ali telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai apprentice kepada seorang tailor.Tailor wanita berbangsa Jepun tersebut specialized in creating women’s ballroom gowns kepada para isteri expats British.

“Jenama yang telah membina nama dengan baju melayu technically bermula dengan menjual ballroom gowns. When WW2 was building up, awal 1930-an mungkin, mentor Omar Ali decided untuk pulang ke Jepun untuk keselamatan.

“Tetapi sebelum balik, dia pass down bisnes dia ke Omar disamping skill menjahit as an apprentice.Tapi sayangnya sebelum WW2 happened, ramai expats pon ambik keputusan yang sama dengan balik ke negara asal,” tulisnya.

Tunku Abdul Rahman pelanggan setia

Bagaimanapun, Omar Ali dikatakan tidak mengalah dan membuat keputusan untuk membuka kedai sendiri dan menghasilkan baju melayu dengan kemahiran yang ada. Dia akhirnya menempa nama sebagai penjahit baju melayu yang terkenal di Kuala Lumpur. Dan dikatakan Tunku Abdul Rahman merupakan pelanggan setia beliau.

“Kedai yang bermula di sekitar Masjid India dan kemudian berpindah ke Malay Bazaar or Wisma Yakin.

“Sebagai pembuat baju melayu bespoke, Tunku Abdul Rahman siap mintak Omar customize baju melayu cekak musang jadi 3 butang dan guna mandarin collar, berlainan dengan 5 butang kebiasaannya.

“Walaupon dikenali sebagai pembuat baju melayu ‘custom made’, Omar perasan yang kalau diteruskan macam ni, bisnes dia tak boleh scale sebab limited time & resources. Jadi dia decided nak jual ‘ready made’ baju melayu in the early 1970s dalam saiz macam Small, Medium & Large,” katanya.

Kini, jenama Omar Ali telah berkembang seiring dengan inovasi serta kolabrasi bersama jenama terkenal yang kini diuruskan oleh pelapis beliau.

@omarali.my

People recognise Omar Ali for our Baju Melayu. But did you know that our 88 year heritage originated from dressmaking? In this video, Sulaiman shares some details on the origin of Omar Ali in the tailor industry. For decades, we have integrated passion and quality into every stitch. Be it Baju Melayu, Batik, Baju Kurung, suits, or dresses, trust us to craft your dream piece for you. Drop by Omar Ali today. #OmarAli #OmarAliCouture #OmarAliBespoke #bajumelayu #bajukurung #bajukebaya #suits #dresses #batik #weddingdresses

♬ original sound – Omar Ali – Omar Ali

Sumber: adibhazlami

The post Tidak luput dek zaman, jenama baju melayu Omar Ali tetap teguh berdiri hampir 90 tahun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar